FALSAFAH PENDIDIKAN MARA

 
Melalui sektor pendidikan, MARA akan melahirkan tenaga kerja Bumiputera yang berdaya saing, berketrampilan dan mempunyai pegangan nilai sejagat dan agama yang kukuh, mempunyai kemahiran teknikal, mempunyai orientasi keusahawanan serta berkeupayaan memberi sumbangan kreatif di samping mampu menghasilkan sumbangan nilai yang tinggi untuk menyokong kegiatan usaha niaga konvensional juga dalam bidang-bidang bakal muncul k-ekonomi.
 
 
 
FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM
 
Sistem pendidikan MRSM adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan  cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar itu unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.