PERUTUSAN PENGETUA

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke laman web MRSM Kuala Klawang.
Didalam paparan ini, kami telah memuatkan maklumat tentang MRSM Kuala Klawang secara terperinci. Saudara/saudari boleh mendapatkan maklumat tentang sejarah penubuhannya, visi, misi, objektif operasi, piagam pelanggan, pencapaian pelajar dan lain-lain lagi. Dengan maklumat yang dipaparkan, saya percaya saudara/saudari dapat mengenali MRSM Kuala Klawang dengan lebih objektif.
Melalui paparan ini, ibubapa pelajar juga dapat mengakses maklumat tentang pencapaian dan berita-berita berkaitan dengan kemajuan anak-anak didik di MRSM Kuala Klawang.
Akhir kata, terima kasih diatas kesudian saudara/saudari berkunjung ke laman web kami.
Sekian, terima kasih.

ENCIK KHERMAN SHAH BIN IBRAHIM
Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang