Visi
Menjadi  MRSM  terbaik,  pilihan  pertama  pelanggan  sebagai  pusat kecemerlangan pendidikan menengah yang terbeza, inovatif dan bertaraf dunia. 

 

 Matlamat

Melahirkan bakal-bakal saintis, ahli profesional dan usahawan tekno yang  berdaya cemerlang, berdaya tahan, berakhlak mulia dan berminda global.
 
Misi

Misi strategik MRSM Kuala Klawang adalah untuk menyediakan prasarana dan sumber yang berkualiti untuk membekal pelajar-pelajar dengan kemahiran insaniah (KI), kemahiran akademik (KA), kemahiran subjek (KS) dan isi kandungan subjek, serta menyuburkan lagi amalan dan nilai-nilai murni.

 

Objektif Operasi

1. Menyediakan dan menyampaikan khidmat pelanggan secara profesional dan memenuhi ekspektasi pelanggan dan penaja.
2. Melaksanakan kurikulum terbeza berlandaskan prinsip-prinsip pendidikan pintar-cerdas (gifted education) dan pendekatan pembelajaran melalui penemuan dan penyelidikan (learning by discovery) dan pembelajaran pecutan (accelerated learning).
3. Membangunkan persekitaran dan iklim pembelajaran yang kondusif, responsif dan suportif kepada perkembangan intelek, kreativiti, emosi, rohani dan jasmani pelajar.
4. Memperlengkapkan pelajar dan guru dengan kemahiran belajar (academic skills), kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran kendiri (self skills) dan nilai-nilai teras MRSM (Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik) secara terancang,  berterusan dan bersepadu.
5. Melaksanakan program-program pembudayaan keusahawanan untuk pelajar secara terancang dan berterusan.
6. Menjadikan MRSM ini sebagai tempat belajar dan bekerja yang selamat, bersih, ceria dan memberangsangkan.